Kanak-Kanak Diculik di Kajang Berjaya Disatukan Semula Dengan Keluarga





KAJANG: Kanak-kanak 5 tahun yang dilaporkan diculik berdekatan sebuah tadika di Sungai Chua telah disatukan kembali dengan keluarganya.

Seorang pemandu teksi yang hanya mahu dikenali sebagai Nizam, membawa kanak-kanak itu pulang ke rumah keluarganya di Taman Cahaya kira-kira yam 5.35 petang tadi.

Sesampainya di rumah tersebut, pemandu teksi terbabit kemudian memanggil ibu bapa kanak-kanak tersebut dari luar rumah.

Kanak-kanak itu kemudiannya dibawa masuk ke dalam rumah.

Menurut laporan dari The Star kanak-kanak itu dilaporkan dalam keadaan sihat.