12 KEADAAN DAN WAJAH MANUSIA KETIKA DI HIDUPKAN SEMULA DI PADANG MASHYAR | Maka ketika itulah, Allah perintahkan malaikat Israfil meniup sangkakala yang pertama. Tiupan itu datangnya secara mengejut sahaja, hinggakan seluruh manusia terpinga-pinga dan kelam-kabut tidak menentu. Kerana kuatnya tiupan itu, seluruh manusia mati, gunung ganang hancur lebur, lautan-lautan menyemburkan airnya ke darat, segala cerekawala berguguran ke bumi, maka matilah segala yang bernyawa serta musnahlah dunia ini semusnah-musnahnya, kecuali Allah yang Maaha Suci lagi Maha Kaya.
Setelah semuanya telah hancur lebur bagaikan debu berterbangan, entah berapa lama pula masanya, maka Allah pun memerintahkan malaikat Israfil: ‘‘Wahai Israfil, bangunlah dan tiuplah sangkakala ppembangkitan!’’. Lalu dengan kehendak Allah hiduplah semula Israfil dan seterusnya meniup sangkakala yang kedua, seraya menyeru: ‘‘Wahai roh-roh yang keluar, tulang-tulang yang hancur, tubuh-tubuh yang busuk, otot-otot yang putus, kulit-kulit yang koyak, rambut-rambut yang gugur! Bangunlah kamu semua! Untuk memutuskan hukuman ’’. Lalu bangunlah semuanya dengan perinath Allah.
PUAK YANG PERTAMA:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan berupa kera, mereka adalah orang-orang yang suka membuat fitnah di antara manusia. Itulah rupa orang yang suka menabur fitnah sama ada pada diri perseorangan atau pada sesuatu kumpulan manusia sama ada melalui lisan, tulisan atau suart-surat khabar.
PUAK YANG KEDUA:
Dibangkitkan (dari kubur) dengan berupa seperti babi. Mereka ini adalah orang yang suka makan yang haram. Contohnya arak, tipu, riba, curi, perniagaan haram dan lain-lain lagi.
PUAK YANG KETIGA:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan buta lagi bingung. Sedangkan badannya digayut dan dipegangi oleh manusia yang ramai. Mereka ini adalah orang yang sama-sama melanggar hukum-hukum Allah. (sedang mereka adalah orang yang alim atau menjadi pemimpin kepada suatu kaum).
PUAK YANG KEEMPAT:
Dibangkitkan (dari kubur) dalam keadaan bisu lagi pekak. Mereka adalah orang yang ujub (kagum) dengan amalannya. Mereka ini menyombong diri kerana telah berasa dirinya hebat, banyak ilmu pengetahuan lalu memandang rendah pada orang yang tidak setaraf dengannya.
PUAK YANG KELIMA:
Dibangkitkan dalam keadaan mengalir nanah dari mulutnya, serta mengalir darah dari lidah-lidahnya. Mereka ini adalah orang-orang yang alim (dalam ilmu agama Islam) yang tidak bertepatan cakap dengan perbuatannya. Mereka ini adalah golongan yang cakap tak serupa bikin. Oleh itu, janganlah berbangga dan menyombong diri dengan keilmuan.
PUAK YANG KEENAM:
Dibangkitkan dalam keadaan badannya penuh dengan luka-luka yang parah (lagi menyakitkan), mereka ini adalah saksi-saksi palsu. Akan terdapat orang-orang yang suka menawarkan dirinya menjadi saksi dalam sesuatu hal, sedangkan mereka adalah saksi palsu lagi dusta.
PUAK YANG KETUJUH:
Dibangkitkan berkeadaan tapak kakinya tersangkut di keningnya serta terikat pula pada ubun-ubunnya, sedangkan bau badannya terlebih busuk dari bangkai. Mereka ini adalah orang yang ska memuaskan hawa nafsunya serta mencari keseronokan dengan jalan yang haram. Contohnya berzina, pembunuh, perogol, penipu, pemabuk arak dan banyak lagi.
PUAK YANG KELAPAN:
Dibangkitkan dalam keadaan mabuk (yang amat sangat), rebah ke kiri dan ke kanan (menuju padang masyar), mereka ini adalah orang yang mencegah, menahan hak Allah. Mereka ini adalah di antara sifatnya di dunia dulu ialah kalau harta atau wang ringgit itu digunakan untuk menambah kekayaan dirinya atau untuk jalan maksiat.
PUAK YANG KESEMBILAN:
Dibangkitkan dengan dipakaikan pakaian dari minyak tar (yang panas). Mereka adalah orang-orang yang suka mengumpat dan tidak mahu menjauhkan diri daripadanya. Umpat-mengumpat, kata-mengata, mencari-cari kesalahan orang lain, ini adalah perbuatan orang-orang yang terkutuk, mereka nampak kelemahan dan kesilapan orang lain, tetapi mereka lupa tentang diri mereka sendiri yang juga banyak kelemahan dan kesilapan.
PUAK YANG KESEPULUH:
Dibangkitkan dalam keadaan keluar lidahnya daripada tengkuknya. Dia adalah orang yang suka mengadu dumba. Mereka ini suka melihat orang lain bergaduh. Mereka mengadu dumba dalam bentuk lisan, tulisan atau perkhabaran.
PUAK YANG KESEBELAS:
Dibangkitkan dalam keadaan mabuk (yang teramat sangat). Mereka adalah orang yang suka bercakap hal-hal dunia di dalam masjid.
PUAK YANG KEDUA BELAS:
Dibangkitkan dalam keadaan rupa babi, mereka adalah orang yang suka makan riba.
DUA BELAS GOLONGAN DIBANGKIT DI HARI AKHIRAT
GOLONGAN PERTAMA:
Dibangkitkan dari kuburnya dengan tidak berkaki dan tidak bertangan, kemudian menyeru dari sisi Tuhan;’Mereka ini adalah orang-orang yang suka menyakiti jirannya dan sekeliling mereka dengan tidak bertaubat. ’
GOLONGAN KEDUA:
Dibangkitkan dari kuburnya dengan berupa binatang, dikatakan berupa babi, kemudian diseru dari arah Tuhan yang Maha Pemurah. ’Mereka adalah orang-orang yang meringankan fardhu sembahyang. Kalau sampai mati tidak bertaubat, maka itulah balasan bagi mereka dan tempat kembali mereka adalah neraka. ’
Sama ada sembahyang atau tidak, sembahyang lewat-lewat waktu atau tidak khusyuk akan ditimpakan kepadanya 15 seksaan di dunia dan di akhirat.
Di antara seksaannya ialah tidak diberkati hidup, kesempitan dalam mencari rezeki, dihilangkan seri muka orang mukmin dari mukanya, doanya tidak dimakbulkan oleh Tuhan, ketika mati nanti ia akan menerima azab. Kuburnya disempitkan, akan dipatuk oleh seekor ular yang sangat bisa yang diutuskan neraka yang bernama sujaul aqra dan banyak lagi seksaan di akhirat nanti.
GOLONGAN KETIGA:
Dibangkitkan dari kuburnya berkeadaan perut seperti bukit yang dipenuhi ular-ular dan kala jengkingyang besarnya seperti (sebesar) seekor keldai lalu dipanggil oleh zat pemanggil arah Tuhan: “Merekalah orang-orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat dan tidak bertaubat hingga mati. ”
GOLONGAN KEEMPAT:
Dibangkitkan dari kuburnya keluar darah mengalir dari mulutnya, isi perutnya keluar terburai ke bumi dan keluarlah api dari mulut-mulut mereka, maka menyerulah zat penyeru dari sisi Allah: “Mereka itulah orang-orang yang dusta dalam jual beli dan menipu sukatan (timbangan), maka mereka mati tanpa bertaubat maka itulah balasan bagi mereka.
GOLONGAN KELIMA:
Golongan ini dihalau dari kuburnya dalam keadaan menyamar dari para manusia, bau badan mereka lebih busuk dari bangkai. Mereka ini adalah golongan orang-orang yang menyembunyikan kemaksiatan dari diketahui oleh manusia lain-lain. Tetapi hati tidak sesekali malu dan takut kepada pengawasan Allah. Maka mati mereka itu itulah balasan atas mereka.
GOLONGAN KEENAM:
Mereka ini dihalau dari kuburnya dalam keadaan semuanya leher terputus-putus (luka-luka yang mengerikan) dari tengkoroknya. Mereka itulah golongan orang-orang yng menjadi saksi palsu lagi dusta. Mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat.
GOLONGAN KETUJUH:
Mereka dihalau dari kuburnya dalam keadaan tidak berlidah. Darah dan nanah mengalir keluar dengan banyaknya dari mulut-mulut mereka. Mereka itulah orang-orang yang mencegah peraksian dala perkara benar. Mereka mati dalam keadaan tidak bertaubat.
GOLONGAN KELAPAN:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan tunggang-langgang iaitu kepalanya ke bawah, kaki ke atas kepala. Dari kemaluan mereka keluar mengalir nanah-nanah yang panas mendidih lagi busuk. Mereka itu semua adalah orang-orang yang melakukan perbuatan zina, liwat. Dan mereka mati dalam keadaan masih tidak bertaubat.
GOLONGAN KESEMBILAN:
Mereka dihalau dari kubur dalam keadaan wajah mereka berwajah hitam rentung matanya terkeluar dan perutnya penuh dengan bara api yang panas membakar. Mereka semua itu adalah orang-orang yang memakan harta anak yatim dengan jalan belot. Dan mereka mati dalam keadaan masih belum bertaubat, itulah balasan mereka.
GOLONGAN KESEPULUH:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan badannya penuh dengan kudis yang bias lagi berbelang-belang. Mereka itu adalah orang-orang yang menyakiti kedua ibu bapanya atau salah seorang darinya. Dan mereka mati dalam dosa demikian dan tidak bertaubat. Itulah balasan mereka.
GOLONGAN KESEBELAS:
Mereka dihalau dari kubur-kubur mereka dalam keadaan buta hati (bodoh). gigi mereka sebesar tanduk lembu, bibir mereka besar terjulur hingga menutupi dadanya, lidah mereka menjilat-jilat perutnya sendiri, perut mereka besar hingga menutupi pehanya dan dari perutnya keluar nanah-nanah yang busuk lagi panas mendidih. Itulah balasan kepada mereka yang tidak bertaubat.
GOLONGAN KEDUA BELAS:
Mereka digiring dari kubur mereka dalam keadaan wajah-wajah mereka berseri-seri keriangan dan kepuasan seperti sinar bulan purnama. Mereka melintasi titian Siratulmustaqim seperti kilat yang memancar lajunya. Mereka ini adalah orang-orang yang melaksanakan perintah Allah dan tidak melakukan perkara larangannya. Meraka juga sentiasa patuh memelihara dan melaksanakan sembahyang fardhu lima waktu dengan tidak pernah ditinggalkannya, secara berjemaah pula. Dan mereka mati dalam keadaan telah bertaubat dan taubatnya diterima oleh Allah. Inilah ganjaran mereka dan tempat tinggal mereka seterusnya adalah di dalam syurga. Mereka masuk ke dalam syurga dengan kemampuan, rahmat dan keredhaan Allah SWT kerana mereka redha kepada Allah dan Allah pula redha ke atas mereka.
KESIMPULAN
Demikianlah rupa wajah dan keadaan manusia ketika bangun dari kubur di akhirat nanti untuk dihalau berkumpul di Padang Mahsyar. Selain itu, seluruh rupa wajah dan bentuk itu adalah mengikut perangai dan sikap serta perbuatan kita semasa hidup di dunia ini. Oleh itu kita pilihlah perbuatan yang baik-baik agar kita termasuk orang-orang yang bergembira di hari akhirat nanti. Dan janganlah sesekali memilih jalan yang kotor dan berdosa, kerana ianya akan menyusah dan menyeksakan kita di hari kemudian. Kejarlah kehidupan syurga di akhirat nanti dan tinggankanlah kehidupan jahat dan dosa di dunia ini. Marilah kita bertaubat sebelum terlambat.