9 Punca Lelaki Mandul Dan Tidak Dapat Anak Selepas Kahwin

mandul



Setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga pastinya inginkan kehadiran cahaya mata dalam sesebuah keluarga yang dibina hasil daripada perkongsian hidup selepas perkahwinan.





Bagi menyembungi perasaan itu, pasangan yang belum mendapat anak akan menggunakan alasan “Mungkin Belum Ada Rezeki” itulah sekadar jawapan yang mampu diberikan


Dalam usaha untuk menyelesaikan masalah ini, tidak perlu menyalahkan pasangan masing-masing dan perlu amalkan sifat toleransi


Tetapi pernahkah anda terfikir apa puncanya?


Menurut satu kajian yang dijalankan oleh agensi kesihatan dan perubatan dunia mendapati, golongan lelaki lebih ramai dikesan mengalami masalah ketidaksuburan (Mandul) dan antara beberapa puncanya seperti berikut



MEROKOK

Merupakan salah satu tabiat buruk yang berkaitan dengan kemandulan lelaki. Nikotin dan tembakau boleh merosakkan sperma serta mengurangkan jumlahnya



OBESITI/ KEGEMUKAN

Berat badan anda juga salah satu unsur yang mempengaruhi kesuburan. Obesiti menyebabkan perubahan hormon menjadi abnormal, hingga mencetuskan timbulnya kemandulan



STRES

Stres boleh disebabkan oleh gaya hidup atau tekanan kerja. Ia merupakan salah satu pencetus utama ketidaksuburan lelaki. Dalam beberapa kes stres juga mengakibatkan disfungsi erektil dan kurangnya pengeluaran sperma





STEROID

Steroid yang digunakan oleh lelaki untuk membentuk tubuh. Sebenarnya ini boleh menyebabkan ketidaksuburan pada lelaki



MANDI AIR PANAS

Menggunakan air panas sebagai rutin mandian harian, apalagi berendam, boleh merosakkan sperma dan mendorong terjadinya kemandulan



RADIASI TELEFON BIMBIT

Apabila anda meletakkan telefon di dalam poket seluar, maka radiasinya boleh mempengaruhi testis. Jika ini dilakukan terus-menerus, boleh mencetuskan disfungsi erektil dan ketidaksuburan pada lelaki


ALKOHOL

Alkohol mengurangkan pengeluaran testosteron, yang akhirnya mengurangkan jumlah sperma. Lama-kelamaan, hal ini boleh mencetuskan kemandulan



HUBUNGAN TERLARANG
Mengalami jangkitan kuman dan penyakit kelamin yang terlular ketika melakukan hubungan seks bebas dengan wanita yang membawa kuman gonorhea, sifilis, HIV, herpes, genital, dan  sebagainya


MATI PUCUK ATAU DINGIN TERHADAP HUBUNGAN SEKS

Mengalami mati pucuk, impoten, lemah tenaga batin, pancutan air mani yang pramatang, zakar mengecil, hilang ghairah atau nafsu seks.


Sebenarnya banyak lagi punca masalah ketidaksuburan dari sudut pandang kesihatan. Bagi menyelesaikan masalah ini pasangan yang sudah lama berkahwin dan belum mendapat anak perlu menjalani ujian kesuburan bagi mengenalpasti punca sebenar kepada masalah tersebut


Bagi lelaki, ujian air mani adalah disarankan, ia bertujuan untuk mengenalpasti kemampuan menghasilkan sperma dan tahap kesuburan, sama ada sperma cukup bilangan atau aktif


Jika sah ada masalah, ujian susulan perlu dilakukan untuk mengenalpasti sebab masalah itu berlaku supaya rawatan sewajar dapat dilakukan


Proses pemulihan masalah sperma mengambil masa agak lama iaitu sekurang-kurangnya tiga hingga sembilan bulan sebelum menampakkan hasil