'I MEMANG RASIS! YOU NAK REPORT, REPORTLAH!' - EJEN MAXIS




Layanan rasis dari kakitangan Maxis di cawangan Tesco Kepong
14 September 2015

Kami pergi beratur dan membayar bil di cawangan ini. Kami juga tidak mengambil nombor giliran, begitu juga dengan seorang pelanggan berbangsa Cina di belakang kami.

Seorang lelaki Cina, kakitangan Maxis bertanyakan apa tujuan kami datang dan tidak meminta kami mengambil nombor giliran. Apabila tiba giliran kami, kakitangan wanita meminta nombor giliran. Memandangkan kami tidak mempunyai nombor giliran, kami dipinta untuk mengambil nombor giliran.

Tetapi lelaki Cina dibelakang kami tadi yang juga tidak mempunyai nombor giliran dibenarkan pula untuk membayar bil.

Jadi, kami mempersoalkan mengapa ada layanan diskriminasi itu pada pihak pengurus cawangan berkenaan. Malangnya, tindakan kami itu ditertawakan. Dia juga mengakui yang dia seorang yang rasis dan mencabar kami membuat aduan kepada pihak atasan.


Pada masa itu juga, mesin yang mengeluarkan nombor giliran pula kehabisan kertas. Apabila diisi semula dengan kertas dan dicetak nombor giliran yang terbaru pula diberikan kepada pelanggan lain yang baru datang selepas kami. Kami pula diberikan nombor yang terakhir.



Dia berkata, kami tidak boleh berbuat apa-apa dan hadap dengan keadaan itu. Dia juga memberikan kami nombor panggilan untuk membuat aduan kononnya nombor yang diberikan adalah nombor pengurusnya. Apabila kami menghubungi nombor tersebut, lelaki itu menjawab panggilan dan mentertawakan kami sekali lagi.

Adakah patut pelanggan diberikan layanan seperti ini? Inilah perkhidmatan pelanggan yang sombong dan rasis!
19 September 2015

Sebuah perjumpaan telah diatur oleh pihak Maxis di pusat beli belah Mid Valley pada jam 2.30 petang. Pegawai Maxis yang berkenaan telah memohon maaf di atas apa yang terjadi. Pihak Maxis juga telah memecat lelaki terbabit yang membuat kenyataan perkauman. Terima kasih Maxis sebab ambil tindakan tegas. Jadikan ini sebagai pengajaran agar tiada lagi kejadian seumpama ini berlaku di negara kita. - Samantha Resh.