AKIBAT mengamalkan kehidupan sosial yang terlampau bebas, anak lelaki kepada seorang pelakon era 80-an teruk dikutuk netizen di ruang media.
Manakan tidak, sudahlah kulitnya dicacah tatu, individu berkenaan juga didakwa meneguk arak! Tak percaya, lihat sendiri foto-foto yang dimuat naik sendiri oleh isterinya di ruang Instagram.
Bukan itu saja, si isteri juga turut dikritik kerana penampilannya yang seksi dan sering menayangkan ‘lurah’ dalam Instagram peribadi.
Semua tahu, sebagai seorang muslim, si suami sepatutnya menunjukkan perilaku yang mencerminkan ajaran Islam kepada pasangannya yang mualaf.
Ini tak…Lepas kahwin, lengan yang sebelum ini licin dari sebarang cacahan, terus penuh dengan macam-macam lukisan. Lebih teruk lagi, si suami itu semacam langsung tak kisah isterinya menunjukkan ‘aset’ di media sosial serta menayangkan kehidupan hanyut mereka.
Apa-apapun, semoga kedua-duanya diberikan petunjuk dari Allah S.W.T untuk kembali ke pangkal jalan, Amin.