WANITA dimuliakan sama seperti lelaki. Islam memandang wanita sebagai makhluk duniawi dan mempunyai roh yang sama dengan lelaki tetapi berbeza keadaan fizikalnya seperti dinyatakan Fatimah Muhammad Ali (1996).
Apabila wanita itu dikahwini, beliau perlu menjaga dirinya dan juga kehormatan keluarga daripada sebarang kemungkaran. Seorang wanita yang sudah berkeluarga pasti gusar apabila tanggungjawabnya tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna. Dalam era teknologi masa kini ramai wanita berpendidikan tinggi dan ingin mengorak langkah membangunkan negara.
Hakikatnya, di samping memberi perhatian dan melaksanakan peranan terhadap keluarga, mereka perlu melaksanakan pelbagai tugasan dan memberi komitmen terhadap kerjaya yang diamanahkan. Bagi mengadaptasikan amanah ini, adakah wanita berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa menjadi konflik dalam diri wanita?
Wanita Suri Rumah Tangga
Kamus Dewan Bahasa Edisi Keempat menyatakan suri rumah ialah seorang wanita yang menguruskan rumah tangga sebagai pekerjaan utama. Pelbagai tugas dilakukan oleh suri rumah. Walaupun mereka tidak terikat dengan waktu bekerja dan sebarang arahan dari pihak atasan, tetapi mereka perlu melakukan tugas harian seawal pagi.
Tugasan berterusan setelah anak dan suami keluar dari rumah sehinggalah lewat malam. Ini termasuklah pergi ke pasar, menjemput anak pulang dari sekolah, menyediakan makanan dan minuman, mengemas rumah, mencuci baju dan senarai tugasan ini akan berterusan serta bertambah. Tiada istilah cuti rehat bagi mereka dalam melakukan tugas harian.
Oleh itu, suami perlu memberikan perhatian dalam kebajikan suri rumah tangga kerana mereka tidak mempunyai pendapatan sendiri.Kewajipan suami memberi nafkah kepada isteri ini terkandung dalam al-Quran dan Sunnah.
Fenomena kini terdapat banyak kes yang melibatkan penderaan dan kematian anak di rumah pengasuh, membuatkan naluri ibu atau wanita tidak sanggup melepaskan penjagaan anak kepada pengasuh. Begitulah pengorbanan wanita yang ramainya mempunyai segulung ijazah tetapi memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
Walau bagaimanapun dengan adanya teknologi masa kini, suri rumah tangga boleh menjalankan pelbagai aktiviti di alam maya sebagai contoh perniagaan online kek, baju dan banyak lagi.
Wanita berkerjaya
Kerjaya bermaksud perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.
Kewajipan, tugas atau sesuatu usaha, kegiatan dan sebagainya yang dilakukan berterusan dari sehari ke sehari untuk keperluan hidup, usaha atau kegiatan untuk mendapatkan wang atau arah pergerakan atau perjalanan sesuatu.
Berkerjaya adalah impian bagi kebanyakan wanita yang ingin memenuhi cita-cita. Dengan adanya kerjaya, mereka mudah memiliki apa yang diinginkan. Wanita bekerja tidak lupa juga akan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.
Senario ini menunjukkan wanita memegang tiga peranan. Wanita perlu pandai mengimbangi peranan dengan bijak dan berkualiti. Oleh hal demikian, wanita yang berkerjaya perlu mengimbangi peranan mereka.
Kebaikan & kekurangan
Menjadi suri rumah sepenuh masa dapat membesarkan anak dengan usaha sendiri tanpa bantuan pengasuh. Dan ini suatu nikmat yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata apabila anak membesar dan berjaya dengan cemerlang. Segala persiapan di rumah dilaksanakan dengan sempurna kerana tidak terikat dengan masa pejabat.
Wanita yang mempunyai latar belakang pendidikan tinggi, perlu memainkan peranan penting dalam membangunkan negara. Mereka juga mengurus kerja rumah tangga dan mendidik anak-anak. Tugas ini adalah saham dalam usaha membekalkan sumber manusia berkualiti bagi pembangunan negara.