Biasa lah, kalau jadi artis ni ada yang suka dan ada yang tak suka. Paling penat bila nak layan haters yang si artis tak buat salah apa pun masih kena maki di sosial media.. Lebih-lebih lagi di Instagram. Tapi tu lah asam garam kalau nak jadi artis kan?
Terbaru, Nazim Othman dapat komen yang kurang sopan dari seorang follower. Rasa-rasanya kalau artis yang jenis hilang sabar mesti maki hamun balik individu ni, tapi Nazim ada cara tersendiri untuk handle follower yang kurang sopan ni.
Menerusi ruangan komen di Instagram Nazim Othman, ramai yang memuji sikap ‘cool’ Nazim Othman melayan individu tu. Sikap Nazim patut dicontohi kerana tidak cepat melenting dan tahu mengawal keadaan sekeliling.