PANAS!! Zahid Hamidi Balas Balik Kenyataan - Saya Harap Tuhan Akan Balas Balik Bila Anak Dia Kahwin Nanti


## Tindakan penulis blog, Shahbudin Husin yang juga merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju di dalam blognya baru-baru ini bertajuk "Kenapa lawatan rasmi Zahid ke Indonesia sama tarikh dengan majlis sanding anaknya di Jakarta?" nampaknya telah mendapat reaksi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini.

## Zahid yang ternyata berang dengan tulisan itu dalam satu kenyataan telah mengecam tindakan Shahbudin berkenaan kerana menjadikan majlis perkahwinan anaknya di Indonesia sebagai satu isu yang sepatutnya tidak di politikkan.

## Beliau berharap tuhan akan menghukum Shahbudin kerana tulisan yang dimuatnaik di dalam blog pada 20 September lalu itu.




"Saya harap Tuhan akan menghukum dia bila anak perempuan atau anak lelakinya berkahwin satu hari nanti.

“Di mana ada neraka..., Sudah, sudahlah, cukuplah...," kata Zahid yang tersenyum dan kemudiannya disambut ketawa hadirin dalam sidang media itu.

## Zahid dalam kenyataannya itu juga menjelaskan beliau telah menghadiri majlis perkahwinan anaknya di Jakarta semasa lawatan rasminya di Indonesia bulan lalu.

"Saya harap Shahbudin Husin yang mengenali saya sejak tahun 1987. Jangan main dengan perkataan dengan menyoal dan menyuruh saya menjelaskannya.

"Dia patut jumpa saya untuk (mendapatkan) penjelasan. Kenapa perlu dia tanya saya supaya menjelaskan kepada umum, sebab saya tak guna atau salah guna dana awam," katanya.

## Semalam, Shahbudin melalui blognya mengesahkan yang beliau dipanggil Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk memberi keterangan berhubung tulisannya itu.".

## Shahbudin antara lain bertanya berkaitan tarikh majlis perkahwinan itu diadakan kebetulan dengan lawatan rasminya, jumlah perbelanjaan dan pegawai serta tetamu Malaysia yang hadir.