RIYADH - Seorang pramugari dipecat selepas ditemui mengadakan hubungan Seks bersama penumpang di dalam tandas pesawat milik syarikat dari timur Tengah ketika penerbangan.
Wanita itu mengaku menggoda penumpang lain ketika penerbangan dalam usaha membuat wang simpanan, malah dilaporkan meraih keuntungan lebih As$1juta RM4.4 Juta) dengan cara itu sejak dua tahun lalu.
Media memetik sumber penerbangan berkata, penumpang terbabit mengaku digoda pramugari berkenaan untuk mengadakan hubungan seks dengan bayaran AS$2,000 (RM8,800).
Jumlah itu juga dilaporkan bayaran dikenakan bagi setiap pelanggan. Laporan itu tidak menamakan Syarikat penerbangan terbabit, tetapi mendakkwa pramugari berkenaan dipecat sebalum dihantar pulang ke negara asalnya