Biasanya yang bagi tudung free ni daripada wanita yang memakai tudung, tetapi lain pula ceritanya dengan bekas finalis Dewi Remaja iaitu Mawar Rashid. Dia dilihat bermurah hati memberi tudung dengan secara percuma di satu festival yang berlangsung di Kota Damansara semalam.
Saya dapat tahu pun selepas adik saya sendiri ke festival itu dan pulang bersama dengan tudung yang diagihkan sendiri oleh Mawar Rashid.
Adik saya beritahu, di festival itu, Mawar telah memanggil wanita yang berhijab untuk datang ke meja yang dipenuhi dengan tudung dan selendang dengan pelbagai warna berkenaan. Kata Mawar, dia nak berikan tudung dan selendang itu secara percuma.
Wah, baiknya hati Mawar Rashid ni. Adik saya ada bertanya juga kenapa dia tiba-tiba sahaja mengagihkan tudung secara percuma? Mawar bagaimanapun menjawab, dia berbuat demikian tanpa apa-apa sebab.
Mendengar kata-kata Mawar itu, wanita-wanita yang bertudung pun apa lagi, bukan main syoklah mereka sebab dapat tudung secara free dan ramai yang berpusu-pusu untuk mendapatkannya.
Moga Mawar dimurahkan rezeki dan manalah tahu dia dibukakan hati untuk bertudung pula satu hari nantikan?

Artikel ini disiarkan pada Selasa, 8 September 2015