Antara barisan artis yang turut hadir memeriahkan majlis anugerah pada malam ini ialah Izara Aisyah, Erma Fatima, Umie Aida, Nad Zainal, Ayu Raudhah, Liyana Jasmay, Scha al-Yahya, Awal Ashaari, Joe Flizzow dan ramai lagi rakan selebriti yang lain.
Untuk pengetahuan anda, pemenang FFM 27 tidak lagi diberi ganjaran dalam bentuk wang tunai sebaliknya menerusi rekaan baharu trofi yang terdapat satu kepingan emas 916. Kami kongsikan beberapa keping gambar gaya selebriti di karpet merah majlis ini yang bertemakan Sehati Sejiwa.