Dungun: “Kami tiga beradik tidak pernah berpisah sejak kecil. Sebab itu kami mengambil keputusan menamatkan zaman bujang secara serentak ,” kata Mohd Isslam Mohd Rani, 26, yang melangsungkan perkahwinan serentak dengan dua adik adik lelakinya di Taman Permint Indah di sini, kelmarin.
Mohd Isslam bernikah dengan pasangannya Nor Azilah Dolbah, 26, manakala adiknya Mohd Inuzuddin, 23, bersama pasangan, Intan Safinas Abdullah, 18, dan Mohd Izz Ui Islam, 20, bersama Nur Akmal A Rahman, 20.
Mohd Isslam yang bertugas sebagai penilai harta sebuah syarikat swasta di Kuala Lumpur berkata, dia mempunyai seorang abang dan dua lagi adik perempuan.
“Bagaimanapun kami bertiga paling akrab dan tidak boleh berpisah,” katanya kepada Harian Metro, semalam. Menurutnya, meskipun kedua-dua adiknya bertugas di negeri ini, mereka kerap bertemu hampir setiap minggu.
| MOHD Isslam (dua dari kiri) dan Mohd Inuzuddin (kanan) serta Mohd Izz Ui Islam bersama pasangan masing-masing. |