Dua gandingan hebat ini berjaya melakar pelbagai kejayaan sepanjang lebih dua dekad mencanai bakat dalam dunia seni tanah air. Takhta mereka masih utuh dan belum mampu digugat mana-mana pendatang baru.
Siapa tidak ingat aksi Ziana Zain, 47, dan Errra Fazira, 41, menerusi filem pecah panggung Sembilu 1, Sembilu 2, Maria Mariana dan Maria Mariana 2? Mereka serasi bersama, malah kekal seperti kakak dan adik hingga ke hari ini.
Itu memori berbelas tahun lalu. Kini, dua bintang tersohor ini tampil manis dengan imej baru. Penghijrahan itu cukup indah dan bermakna buat Ziana mahupun Erra.
Akui Ziana, meskipun sudah berhijab personalitinya masih sama. Saban hari dia belajar memperbaiki diri untuk menjadi Muslimah sejati.
“Selepas hampir setahun berhijab, saya masih sama dan tidak banyak yang berubah.
“Selepas berhijrah kehidupan saya lebih tenang, malah jadi lebih reda.