Rintihan Sayu Seorang Ibu Bayinya ‘Dirampas’ Oleh Suami Dan Mertua
Seorang ibu muda yang baru melahirkan bayi telah dipisahkan oleh keluarga mertuanya sendiri. Bayi yang baru berusia 2 bulan ini sudah dinafikan haknya untuk mendapatkan susu dan merasai kasih sayang seorang ibu.
Apa yang menyedihkan lagi, si ibu ini mengalah sehinggakan meminta keluarga suaminya membawa bayi ini ke balai polis untuk disusukan namun permintaannya tidak dilayan.
Melalui laman Facebook, kisah sedih yang dikongsi oleh lelaki yang dikenali sebagai Dwan Inzaghi ini telah mendapat perhatian dan simpati orang ramai termasuk kami sendiri.
Kembalikan Muhammad Raqib Rayyan Kepada Ibunya
Lihatlah wajah suci anak comel yang tidak berdosa ini. Baru berusia 2 bulan tetapi sudah dinafikan haknya untuk mendapat susu ibu serta kasih sayang seorang ibu. Anak ini dirampas secara kasar daripada ibunya sendiri bukan oleh orang lain tetapi oleh ayahnya sendiri serta atuk dan neneknya.
Begitu Kejam Sekali Tindakan Mereka.
Begitu kejam sekali tindakan mereka. Si ibu sudah mengalah sehinggakan meminta keluarga suaminya membawa bayi ini ke balai polis untuk disusukan dan kemudian ambillah kembali, namun permintaannya tidak dilayan.
Sangat menyedihkan dengan apa yang berlaku. Masuk hari ini sudah tiga hari bayi ini terputus hubungan dengan ibunya. Sangat menyedihkan. Mana hilangnya nilai kemanusiaan?
Difahamkan ibu ini sudah berjumpa banyak pihak untuk dapatkan bantuan bertemu dengan anaknya.
Tapi Belum Ada Yang Boleh Membantu
Keadaan si ibu yang penat selepas berjumpa pelbagai pihak untuk mendapatkan bantuan tapi belum ada yang boleh membantu…
Kasihan bila lihat keadaan ibu ini dan paling menyedihkan sekali apabila dia sudahpun menyediakan susu badannya, tetapi hajat untuk diberikan kepada bayi tersebut masih tidak kesampaian.
Difahamkan si ibu muda ini dan suaminya mempunyai masalah rumahtangga sehinggakan keluarga suami campur tangan dan melakukan tindakan sedemikian. Selain itu laporan polis telah dilakukan 3 kali namun pihak berkuasa tidak dapat buat apa-apa tindakan kerana itu masalah rumahtangga.
Bagaimanapun, kes ini telah dibawa ke mahkamah dan sedang menunggu keputusan. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar ibu ini dipertemukan juga kepada anaknya dan mereka dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.