Sebelum bercuti atau melancong ke luar negara kena pastikan segala kerja dan keperluan yang hendak dibawa itu benar-benar mencukupi dan lengkap.
Lebih-lebih lagi nak biarkan rumah di waktu yang lama, jadi perlu pastikan semuanya ditinggalkan dalam keadaan baik dan teratur.
Jadi, saya nak kongsikan 10 tips berguna kepada anda, perkara yang wajar dilakukan sebelum keluar melancong ke luar negara.
1. Bayar segala bil eletrik, air, telefon dan semua bayaran ansuran bulanan yang telah sampai di tangan kita.
Bila dah bayar semua ni baru dapat berjalan tanpa risau fikirkan segala macam bil yang tertunggak.
2. Tempah tiket penerbangan seawal 6 bulan supaya dapat lebih jimat.
Lagi awal lagi bagus sebab kita tak tergesa-gesa dan boleh window shopping tengok harga tiket.
3. Jika bercuti di musim sejuk pastikan mesti ada sekurang-kurangnya sepasang baju thermal, sepasang sarung tangan, sepasang stokin bulu kambing, sehelai muffler, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai winter coat dan sehelai baju hujan.
Nak murah beli saja pakaian musim sejuk terpakai atau bundle dan sampai di sana boleh shopping yang baru.
Badan, kaki, tangan sampai kepala kena hangat .Kalau pakai tudung memang ia sangat membantu sebab leher kita pun memang dah terlindung dari angin sejuk. Badan yang sejuk akan mengganggu mood bercuti.Lain-lain seperti penutup telinga dan heat pack (di letak dalam poket baju untuk panaskan tapak tangan) juga kalau ada bawa sahaja.
4. Pakai boot jika ada atau kasut yang tapaknya berbunga jika negara bersalji.
Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin. Kos rawatan di luar negara mungkin tak sama atau lebih mahal. Beringat sebelum kena kerana tak seronok cuti masuk hospital. Mengambil insurans perjalanan adalah lebih baik malah premiumnya tidaklah mahal sangat pun.
5. Bawa adaptor dan plug international. Plug negara luar tak sama dengan dalam negara kita.
Sesetengah handphone dan kamera terutama semasa musim sejuk akan cepat baterinya mati. Kadang-kadang semalaman caj bateri pun sekejap dah tinggal satu bar. Bercuti dan tak dapat merakam gambar-gambar kenangan memang menghampakan.
6. Cetak e-tiket penerbangan anda jika beli secara online
Mungkin dah save dalam handphone tapi macam macam boleh berlaku seperti handphone rosak , kena rampas waktu berada di pintu masuk imigresen, bateri telefon bimbit habis dan peraturan imigresen negara luar yang masih mahu melihat tiket perjalanan anda.
Jangan susahkan diri kita dengan sesuatu yang menjadi peraturan yang memang kita sepatutnya dah tahu.
7. Sediakan itinerari (aturcara) sebelum melancong ke luar negara.
Ia melancarkan program percutian kerana kita tahu ke mana kita nak pergi sepanjang berada di sana. Itinerari juga sangat membantu mempercepatkan proses kita bersoal jawab dengan imigresen.
Jangan cuai di sini sebab kalau silap jawab kita mungkin akan tersangkut berjam-jam di depan pintu masuk atau di lihat seperti seorang penjenayah.
8. Tempah hotel siap-siap sebelum hari anda travel.
Jadi anda boleh survey dari awal hotel mana yang murah, lokasi hotel dekat dengan pengangkutan awam dan kedai makan, atau sebaliknya. Biasanya saya survey dan book di HotelsCombined.com, Agoda.com dan Booking.com.
9. Cetak slip tempahan hotel, tiket bus, keretapi, tiket taman tema atau apa saja tiket yang di beli secara online.
Jika anda terlupa mencetak, kos mencetak dokumen tersebut walaupun sekeping di lapangan terbang sangat mahal. Slip tempahan ini selalu di tanya oleh pegawai imigresen yang was-was jika anda datang untuk bukan tujuan melancong.
10. Tulis nombor telefon kedutaan Malaysia di negara kita bercuti.
Memang penting jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Simpan nombor ini di handphone dan juga buku nota kecil.
Artikel Ini Disiarkan Selasa, 8 Sept 2015