7 Tanda Kamu WAJIB Tinggalkan Kekasih Anda!


Setiap perhubungan pasti ada pasang surutnya, malah tak semua yang dilalui akan menjadi indah belaka. Malah sampai satu tahap kamu hampir hilang sabar dengan sikap pasangan anda.

Namun biasanya kamu pasti sayangkan kekasih anda tetapi dalam masa yang sama terpaksa merana dengan sikapnya.

Pernah terlintas dalam fikiran anda, adakah kekasih yang anda pilih itu baik atau sebaliknya?

Bagi ketahui adakah pasangan yang kita pilih itu baik ataupun sebaliknya, saya ada senaraikan tujuh tanda yang kamu perlu tinggalkan kekasih anda tanpa rasa ragu!

1. 1001 Alasan!
Ketika ada masalah si dia selalu mengelak dan bukannya menyelesaikanya hingga selesai. Apa yang dia inginkan adalah cinta seperti di dalam filem yang hanya indah sahaja tanpa masalah. Jika ada masalah, mereka akan berlalu pergi.

2. Bersama Hanya Ketika Suka
Si dia hanya muncul ketika ingin mengajak anda berfoya-foya ataupun ketika inginkan pertolongan anda. Perlakuan seperti ini sudah cukup mengambarkan bahawa pasangan yang anda pilih adalah pasangan yang tidak tepat.

3. Selfish!
Si dia selalu mengabaikan dalam banyak perkara hanya kerana ingin melakukan perkara mereka sendiri. Adakalanya mereka lakukan ini semua kerana tidak ingin terlalu rapat dengan anda.

4. Queen/ King Control!
Bagi si dia, anda sebagai kekasih harus ikut apa yang mereka hendaki. Mereka memanipulasi kehidupan anda sepenuhnya.

5. Ego Melampau!
Kekasih kamu menjadi marah jika anda tidak menelefon dia. Jika si dia yang tidak menelefon anda, mereka akan berikan 1001 alasan.

6. Masih Bersama Bekas Kekasih
Tidak salah kalau masih berhubungan dengan bekas kekasih. Tetapi kalau berhubung dengan panggilan sayang, kekasih mana yang tidak terluka?

7. Tidak Menghormati Anda
Si dia tidak menghargai apa yang telah anda lakukan. Bukan itu sahaja, mereka tidak menghormati anda sebagai kekasihnya dan menganggap anda senang untuk diperdaya.

Jadi, tunggu apa lagi? Buat keputusan sebelum terlambat!

                                                                                      
                                                                                                                      Artikel ini disiarkan pada Selasa, 8 September 2015